Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

14 November 2017

"Bila nak mengandung?"

Assalamualaikum...

Pic source: google
Separuh daripada hari ini merupakan hari yang basah.. Apa yang basah? Hujan dari pagi.. Tapi, tidaklah hatiku pun basah seperti hari ini..

Hari ini, aku terpaksa ambil cuti.. En. Miorku demam.. Kalau dia demam, memang aku terpaksa ambil cuti untuk bawa ke klinik & jaga makan minum dia.. Kebiasannya kalau demam, memang En. Mior nak aku ada disamping dia.. nak bermanja-manja lah tu!

Motif entry kali ini bukan nak cerita pasal tu pun.. Malam ini aku ada perasaan sentimental sikit.. Teringat pertanyaan seorang Mak Aji beberapa hari lepas kat aku.. Tanya bila aku nak mengandung... Kalau ikut hati, nak je aku lempang Mak Aji tu sampai meninggal.. haha.. Nasib lah kau lagi tua dari aku Mak Aji.. Aku cuma jawab "belum rezeki lagilah.."

Aku tak kisah pun orang nak tanya pasal hal ni.. Tapi sebelum tanya hal-hal yang diluar bidang kuasa manusia tu, fikir-fikirlah dulu.. Adakah hal-hal kehamilan terletak di tangan manusia? Itu kan kerja Allah, apa yang berlaku atas izin Allah.. Kalau Allah kata hamil, maka akan hamillah seseorang perempuan itu.. Sama ada dengan nikah atau tidak..

Aku rasa, aku jarang sangat kot nak bercerita sangat pasal kehamilan dalam blog ni.. Tapi hari ini, tetiba macam nak  menulis tentang itu. Pada aku, sifat kesempurnaan seseorang wanita itu adalah apabila wanita itu mampu untuk mengandung..

Aku dan En. Miorku telah 8 tahun berkahwin. Alhamdulillah, isu kehamilan bukanlah isu yang selalu dibangkitkan dalam keluarga kami.. Syukur.. Pada kami jua, isu tidak punya zuriat bukanlah isu yang meng'stress'kan..

"Kau tak usaha ke?"
Aku ada usaha berjumpa dengan Dr. Memang aku ada sedikit masalah. Namun, Dr. tidak kata yang aku tidak boleh hamil.. Cuma, belum rezeki aku untuk merasai alam itu.. Syukur.. Aku tetap harus bersyukur.

Aku amat bersyukur akan rezeki lain yang telah Allah kurniakan buat aku dan En. Miorku.. Walaupun Allah tidak berikan kami rezeki zuriat, Allah telah banyak.. Sangat banyak.. Memberikan kami rezeki lain yang sungguh bermakna...

Allah telah memberi aku peluang untuk menjaga Abah sampai ke akhir hayatnya (walaupun masa abah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku tak sempat berada disisinya..) Mungkin kalau aku ada anak, aku tak berpeluang nak menjaga abah sebaiknya..

Apapun, matlamat aku buat masa ini adalah menghabiskan pengajianku yang masih berbaki setahun lagi. Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan ku kali ini.

Sesungguhnya, tiada yang lebih baik selain daripada perancangan Allah buat diriku dan En. Miorku.. Apapun yang akan datang, aku redha dan tetap bersyukur atas kurniaannya..

Doakanlah aku.. Moga segala urusanku dalam apa jua yang ku lalui dipermudahkan olehNya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...