Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

16 Januari 2014

Hasil jahitan empire cut dress dan jubah A cut

Assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur pada Allah atas kesempatan yang diberikan untuk menulis hari ini.
Tiada yang menarik. Cuma nak berkongsi hasil kerja tangan saya dalam bidang yang semakin serius diceburi ini.. Menjahit jubah dan dress.. ;-)
Alhamdulillah.. Syukur.. Gambar pertama di bawah ini adalah cubaan kedua menjahit empire cut dress.. Hasilnya lebih baik daripada cubaan pertama kali dulu. Sebabnya yang pertama tu ada silap potong di bahagian belakang baju.. Hasilnya kurang memuaskan hati. Makanya baju yang kurang menjadi di pakai ketika di rumah atau ke kedai saja.
Gambar yang kedua tu tempahan jubah A cut oleh seorang rakan. Kain yang siap bersulam gini mencabar juga untuk dipotong terutamanya pada bahagian lengan. Masih banyak yang perlu saya tingkatkan. Namun saya harap semoga rakan saya berasa selesa memakainya..
Ok.. Sekian dulu untuk masa ini..
Jumpa lagi.. InsyaAllah..

dress empire cut jubah
Empire Cut Dress
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...