Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

22 Mac 2011

berhati-hatilah bawa henbegmu wahai wanita

Assalamualaikum.. Salam sejahtera buat kamu pembaca blogku... ;)

saya sebenarnya dah lama lar perati gelagat sesetengah wanita yang menaiki motosikal.. terutamanya yang jadi penumpang.. masih ada yang tak sedar akan bahaya menaiki motosikal dengan membawa henbeg atas bahu..

hellooww.. korang tak baca ke kes-kes ragut yang pernah melanda negara..? walaupun mungkin ada yang kata "alaa.. dekat jer ngan umah..?" "kejap je kuar ni.." "aahh.. leceh larr..." iishh.. tak leh arr kata gitu.. sebab, musibah tak kira masa.. klu dah nak terkene kat kita, bile-bile pun leh jadi.. so, waspada perlu sentiasa ada.. eloknya henbeg tu letak arr dalam sit motor ker.. klu ada box kat blakang, letak arr kat dalam box tu ker..

kekadang.. saya geram tengok diorang yang tak amik kisah ni.. diorang sedar ke tak? cara diorang tu leh menjemput peragut untuk mudah wat keje.. lalu dari blakang, zasss...tarik jer tali henbeg kat bahu.. bahaya tau!

gambar pinjam - ioffer dot kom

lagi satu, laa ni kan trend bawak henbeg / sling beg tali panjang.. ni pun sama.. klu tak berhati-hati, mudah jer peragut-peragut menjadikan korang mangsa..

saya ni bukannyer apa.. saya sendiri pernah jadi mangsa ragut, tau.. dua kali lak tu..
yang fes time tu tak serius sangat lar.. sib baik beg saya tu jenis kain.. bila peragut tarik, tali terputus dan beg tercampak kat tempat lain.. melepas si peragut tu nak dapat habuan dia.. selamat barang-barang dalam henbeg..

yang lagi satu tu, saya bawa henbeg tali pendek.. tak teringat nak jalan lawan arus.. masa lalu kat lorong nak gi bas stop.. dusshh tetiba ada motor lalu blakang sambar beg.. saya pun terseret lar lebey kurang beberapa meter jer sket lagi nak ke main road.. saya jerit lar mintak tolong.. terus peragut tu lepaskan tali beg tu.. buatnya dia tarik gak.. memang tak wujud ler saya skrang ni... eii.. bila ingat-ingat balik.. takut tau! lagi satu.. malas larr nak turun naik gi balai larr.. JPN larr nak wat IC baru..

so, pada korang kaum-kaum wanita.. klu bule, berhati-hati lar klu nak bawak henbeg tu.. okey..
diorang peragut-peragut ni klu nak wat keje, diorang peduli hape, kan..? korang cedera ke, mati ke.. diorang tau.. diorang nak duit dalam henbeg korang tu.. klu ada ratus-ratus, berbaloi ler juge.. klu ada seploh inggit je? tak ke sia-sia, kan?

okey larr.. apapun, berhati-hati lar di mana saje anda berada, okey! takey karey..

2 ulasan:

  1. saya yang tak bawak henbeg ni pon kena kak..ngan pisau lagi..nak jalan kaki kat LRT Pasar Seni pon dah trauma...

    BalasPadam
  2. @Tengku Ruffie Zieclair, tu lar fz.. diorang nak rompak ni tak kira lelaki or pompuan.. so, berhati2 larr..

    BalasPadam

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...