Permulaanku

Daisypath Anniversary tickers

25 Oktober 2009

resipi - ayam sambal halia


masa kami bujang2 dulu, inilah antara resipi ayam yang slalu aku & alin buat.
cepat dan senang sangat untuk disediakan..

bahan-bahan :
ayam
cili kering
bawang
halia - ditumbuk
serbuk kunyit
garam
minyak untuk menggoreng

cara-cara membuatnya :
1. cili kering direbus. sejukkan dan blend dengan bawang merah. (dah kebiasaan umah mak memang selalu wat stok cili nih.. lepas dah blend, simpan dalam peti ais.. bile2 nak masak, senang bahan dah siap. bule tambah belacan jika suka)

2. ayam dicuci bersih. lumur dengan garam dan serbuk kunyit. gorengkan, kemudian toskan.

3. tumis cili sehingga pecah minyak. masukkan halia. kacau hingga garing. perasakan dengan garam.

4. masukkan ayam goreng tadi. kacau sebati.

5. sedia untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sudi-sudikanlah mengarang sepatah dua bait-bait kata buat kenangan tuan punya blog ni...
Terima kasih daun keladi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...